Perbandingan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional
Tawaran terbaik untuk perlindungan insurans? Kami bandingkan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional untuk bantu anda menilai pelan insurans dan luaskan pilihan insurans anda.
Apa itu Takaful?
Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Ciri-ciri Takaful:
- Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful tersebut.
- Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut, anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda. Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan tiada jumlah tetap.
- Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.
Jenis-jenis perlindungan dibawah Takaful
Produk takaful dikategorikan kepada 2, produk Takaful keluarga dan produk Takaful am.
Produk dibawah Takaful keluarga:
- Takaful Keluarga: menawarkan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk individu dan keluarga.
- Takaful berkaitan Pelaburan: Takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan patuh Shariah dengan pelindungan Takaful.
- Takaful Perubatan dan Kesihatan: perlindungan untuk tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad di hospital swasta.
- Takaful Pendidikan Anak: menyediakan perlindungan kewangan untuk anak anda sekiranya anda ditimpa malapetaka seperti kemalangan, kecacatan kekal, atau kematian. Pada masa yang sama, pelan Takaful ini juga bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk menampung pengajian anak anda.
Produk dibawah Takaful am:
- Takaful Kenderaan: Takaful pihak ketiga yang melindungi anda dari kerugian dan kerosakan keatas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian, ataupun kebakaran. Takaful ini turut melindungi pemegang dari kerugian dan kerosakan keatas harta, kecederaan dan juga kematian. Pelan Takaful kenderaan yang menyeluruh akan melindungi pemegang dan juga pihak ketiga (contohnya penumpang) dari kerugian dan kecederaan akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.
- Takaful Rumah: terdiri dari 2 jenis iaitu Takaful Rumah (Houseowner) dan Takaful Isi Rumah (Householder). Takaful rumah melindungi struktur rumah pemegang dari kerosakan dan kerugian disebabkan oleh banjir, kebakaran, atau bencana lain. Takaful isi rumah (Householder) pula melindungi isi rumah, seperti perabot, barangan rumah, peralatan elektrik, dan lain-lain dari kerosakan dan kerugian.
- Takaful Kemalangan Diri: melindungi anda dan keluarga dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kecederaan, atau kecacatan yang disebabkan dari kemalangan.


012-4506763
Comments
Post a Comment