Manfaat Hibah Takaful
4 manfaat hibah takaful Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan pada 5 November 2014, ramai peserta takaful menarik nafas lega. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka. Namun begitu, hampir 7 tahun sejak resolusi daripada MPS itu diumumkan, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, “Apa itu hibah? Apa manfaat dan kelebihannya?” Kita selalu dengar perkataan tersebut tetapi tidak begitu faham apa itu hibah dan juga maksudnya. Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah? Ianya bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, ia juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Sekiranya anda sebagai pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh anda akan mendapat pampasan mutlak manfaat pelan takaful yang anda sert...