Posts

Manfaat Hibah Takaful

Image
    4 manfaat hibah takaful Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan pada 5 November 2014, ramai peserta takaful menarik nafas lega. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka. Namun begitu, hampir 7 tahun sejak resolusi daripada MPS itu diumumkan, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, “Apa itu hibah? Apa manfaat dan kelebihannya?” Kita selalu dengar perkataan tersebut tetapi tidak begitu faham apa itu hibah dan juga maksudnya. Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah? Ianya bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, ia juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Sekiranya anda sebagai pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh anda akan mendapat pampasan mutlak manfaat pelan takaful yang anda sert...

Perbandingan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional

Image
Tawaran terbaik untuk perlindungan insurans? Kami bandingkan ciri-ciri insurans Takaful dan konvensional untuk bantu anda menilai pelan insurans dan luaskan pilihan insurans anda. Apa itu Takaful? Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful. Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, indu...